web analytics

Malam Genta Puisi Jabatan Penjara Malaysia 2011

23 November 2011

KDN Sana Sini

Malam Genta Puisi Jabatan Penjara Malaysia 2011 telah berlangsung di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka pada 22 November 2011  hasil kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malam Genta Puisi merupakan program yang diwujudkan bagi memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan di kalangan penghuni penjara yang bertujuan memperbaiki penggunaan bahasa supaya ia mengikut bahasa sebenar berbanding bahasa ‘pasar’ yang sering digunakan. Empat kategori dipertandingkan iaitu, penciptaan sajak, mendeklamasi sajak, penciptaan puisi dan lagu puisi yang melibatkan lima orang deklamator terdiri daripada penghuni penjara dan lima buah lagu puisi dipilih ke final. 

Panel hakim terdiri daripada Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Ahmad Shahadrian b. A. Samad, Amran b. Ibrahim Rashidi dan Syed Indera b. Syed Omar yang mahir dalam setiap kategori dipertandingkan. Malam Genta Puisi ini telah membantu menyerlahkan bakat-bakat terpendam di kalangan penghuni penjara yang begitu kreatif dan puitis. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Hj. Othman b. Muhamad, Ketua Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, KJP datuk Wira Haji Zulkifli b. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan dato’ Haji Termuzi b. Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

, , ,