web analytics

MBJ Pohon Kempen Hijau di KDN

1 November 2011

KDN Sana Sini

Kempen Cintakan Alam Sekitar perlu dilaksanakan di Kementerian Dalam Negeri. Itu adalah antara cadangan permohonan pihak pekerja kepada pengurusan kementerian di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Dalam Negeri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan menggunakan recycle paper dan konsep  paperless documents. Selain daripada itu, edaran minit mesyuarat juga perlulah terhad melalui email dan jawatankuasa khas teknologi hijau ditubuhkan di peringkat kementerian.
Cadangan lain yang diketengahkan ialah berkenaan dengan isu-isu pentadbiran seperti pemeriksaan kesihatan untuk warga KDN, isu pengagihan tempat letak kereta, keperluan projektor untuk setiap bilik mesyuarat dan kad pengenalan diri untuk kakitangan cawangan turut dibentangkan pada mesyuarat tersebut. Isu-isu kebajikan pula ialah menggesa penglibatan lebih aktif ahli-ahli di dalam Kelab KDN disamping isu kewangan seperti menggesa supaya satu dasar dan garis panduan khusus untuk tuntutan petty cash bagi pusat kos. Wakil Skim penguatkuasa pula memohon agar sesi interaksi diadakan di antara pihak pengurusan dan semua yang terbabit berhubung pertukaran Skim Penerbitan kepada Skim Penguatkuasa. 
Wakil pihak pekerja turut memohon agar setiausaha pejabat dibenarkan oleh ketua masing –masing untuk menghadiri kursus selain daripada kursus setiausaha untuk meningkatkan kemahiran di dalam bidang-bidang berkaitan. Turut dimaklumkan ada kakitangan yang bukan ditugaskan untuk mengutip hasil diarahkan untuk membuat tugas-tugas kutipan hasil. Ini menyebabkan kesukaran kepada kakitangan tersebut akibat kurangnya latihan. Sehubungan dengan itu, mesyuarat telah bersetuju agar kakitangan-kakitangan tersebut disediakan kursus yang bersesuaian.
MBJ yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Wahab bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Hafiz Mustapha, wakil pihak pekerja  selaku Pengerusi MBJ telah diadakan di Copthorne Hotel, Pulau Pinang di bawah penganjuran Bahagian Sumber Manusia. Pada malam hari yang sama,  ahli-ahli MBJ telah berpeluang menghadiri kelas fine dining di bawah seliaan pengerusi MBJ.
,