web analytics

Mesyuarat Audit Dalam Terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Kementerian Dalam Negeri (Stage 4) Bagi Tahun 2011

15 November 2011

KDN Sana Sini

Mesyuarat Audit Dalam terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Kementerian Dalam Negeri (Stage 4) telah diadakan dari 11 hingga 13 November 2011 bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Objektif mesyuarat tersebut diadakan adalah seperti berikut:

  • menyediakan rancangan dan program Audit terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 (Stage 4) bagi tahun 2011.
  • memastikan semua Prosedur Kualiti di setiap Bahagian Kementerian Dalam Negeri sentiasa dipatuhi selaras dengan pensijilan MS ISO 9001:2008 yang telah dianugerahkan pada 11 Disember 2009.
  • membincangkan dengan lebih terperinci mengenai penemuan Audit semasa pengauditan MS ISO 9001:2008 Stage 3 yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Julai 2011 dan Pengauditan Susulan MS ISO 9001:2008 Stage 3 pada 15 hingga 16 Ogos 2011.
  • Membincangkan penemuan Audit oleh pihak Llyod’s Register Quality Assurance Limited (LRQA) bagi 3 Bahagian baru yang telah dianugerahkan dengan pensijilan MS ISO 9001:2008 iaitu Bahagian Perancangan Strategik (PG), Keberhasilan Bidang Utama Negara (NKRA) dan Antarabangsa (AB);
  • Membincangkan isu-isu semasa dan masalah-masalah yang dihadapi oleh Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 semasa menjalankan pengauditan.

Seramai 70 peserta telah menyertai mesyuarat ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Encik Zaaba Bin Zainuddin selaku Ketua Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Audit Dalam terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Kementerian Dalam Negeri Bagi Tahun 2011 (Stage 4). Penutupan mesyuarat juga telah disempurnakan oleh Encik Zaaba Bin Zainuddin selaku Ketua Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 pada hari terakhir mesyuarat iaitu pada 13 November 2011. 

Pengauditan MS ISO 9001:2008 (Stage 4) bagi Tahun 2011 akan dilaksanakan pada 15 hingga 16 November 2011 di semua Bahagian dan pengauditan susulan akan dijalankan pada 30 November hingga 1 Disember 2011.

Pengauditan MS ISO 9001:2008 di Bahagian PG, NKRA dan AB telah dijalankan pada 29 Jun 2011 dan pengauditan susulan telah dilaksanakan pada 22 Julai 2011.

Pengauditan MS ISO 9001:2008 di Bahagian KF dan PQ di peringkat negeri akan dilaksanakan apabila permohonan bagi pensijilan MS ISO 9001:2008 diluluskan.

Secara keseluruhannya, objektif mesyuarat ini telah tercapai dan telah dilaksanakan dengan baik. Setiap Juruaudit MS ISO 9001:2008 telah bersedia untuk menjalankan pengauditan MS ISO 9001:2008 (Stage 4) dan berharap Sistem Pengurusan Kualiti Kementerian Dalam Negeri ini akan lebih cekap dan efisien pada tahun ini.

= Tamat =

, , ,