
Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan agar peranan RELA akan terus relevan. Peranan yang dapat dirasai dan hargai oleh masyarakat dengan berkat usaha sama dari kementerian – kementerian lain yang boleh memanfaatkan keanggotaan RELA dengan jayanya. Contohnya KPDNKK yang telah memberikan kepercayaan kepada RELA untuk mencegah penyeludupan minyak subsidi dibawa kesempadan sehingga berjaya menurunkan statistik pada kadar yang membanggakan.


Beliau berucap ketika merasmikan Pelancaran Buku Panduan Siswa/Siswi Briged RELA (RELASIS) dan Penganugerahan Pangkat Kehormat RELA peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Dewan tungku Ibrahim Ismail, UTHM Batu Pahat, Johor. Tturut hadir pada majlis tersebut YBhg Prof, Dato’ Dr Mohd Dalimin, Naib Canselor UTHM dan Wakil kementerian Pengajian Tinggi Encik Mohd.Ali bin Mohd dan pegawai-pegawai Ibu Pejabat RELA Malaysia serta penuntut-penuntut UTHM.





















22 November 2011
KDN Sana Sini