14 November 2011 – Majlis perasmian Persidangan PJP/KP, Komander Briged PGA, Komander dan Komandan Polis telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bertempat di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi. Dalam ucapan perasmian beliau, Y.B Datuk Seri Hishammuddin mengatakan dengan misi dan visi yang baru, beliau yakin Malaysia mampu merapatkan barisan, menyahut cabaran dan meletakkan PDRM sebaris dengan institusi-institusi polis yang terbaik di dunia. Dalam majlis yang sama, surat-surat penghargaan turut disampaikan kepada tujuh (7) orang anggota yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan pihak PDRM dalam menjalankan tugas.
=Tamat=






















14 November 2011
KDN Sana Sini