KUALA LUMPUR, 29 November 2011 – Perhimpunan Agung UMNO 2011 sedang berlangsung bermula 29 November 2011 sehingga 3 Disember 2011 dari jam 8 pagi hingga 10 malam di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai kaunter pameran dan perkhidmatan telah dibuka oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbuka kepada orang awam. Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah KDN termasuklah Semakan Saman Trafik oleh PDRM, MyKad Ganti Online oleh JPN dan MyOnline Passport oleh JIM. Bilik gerakan KDN juga disediakan di Bilik Perhentian, Aras 3, PWTC untuk kegunaan urusetia dan para petugas pameran.

Pameran KDN sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC

Bilik Gerakan KDN di Bilik Perhentian, Aras 3, PWTC

- Pameran KDN sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC

Pameran KDN sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC


















29 November 2011
KDN Sana Sini