web analytics

Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin

22 November 2011

KDN Sana Sini

Encik Chan Kam Seng  50 tahun dan Encik Lim Wai 71 tahun merasa bertuah kerana  telah menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein di rumah mereka didalam program Pemimpin Bersama Rakyat di Pekan Nyior,Kluang Johor pada hari Sabtu 19 Nov 2011.dalam kunjungan tersebut MDN telah mendengar pemasalahan dan kesusahan mereka terutama Encik Lim Wai yang telah mengalami sakit di kedua belah kaki selama 5 tahun. 

Selepas itu MDN dan rombongan telah menghadiri Progran Mesra Rakyat bersama Pemimpin di Felda Bukit Tongkat,Kluang Johor dan seterusnya merasmikan Program Kesihatan dan MDN turut melawat pameran kesihatan yang di adakan dan selepas itu MDN dan rombongan telah bertolak ke Dewan Kejora Taman Sri Lambak bagi merasmikam Program “Jalinan Tranformasi 1 Malaysia“ 1 Tekad,1 Hati,1 Visi.Dalam ucapan perasmian tersebut MDN meminta agar belia-belia yang ada supaya berusaha untuk mencapai wawasan 2020.Dalam majlis tersebut MDN telah memyampaikan sumbangan persekolahan 2012 yayasan taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Program Pengagihan Dana Pendidikan dan Kebajikan Persekutuan Guru-guru Melayu Negeri Johor (PGMJ) Peringkat Negeri Johor.

, , , , ,