Program Turun Padang Tan Sri Mahmood Adam,Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke Negeri Kedah dan Perlis telah berlangsung selama empat hari bermula 25 November 2011 sehingga 28 November 2011 yang lepas. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melawat pintu-pintu masuk ke Malaysia di utara negara yang terletak di Kedah dan Perlis iaitu ICQS Bukit Kayu Hitam, ICQS Padang Besar dan ICQS Durian Burung. Pada masa yang sama, KSU turut berjumpa dengan para petugas UPP di ibu pejabat pentadbiran mereka yang terletak berhampiran ICQS. Perjumpaan ringkas ini dijadikan peluang oleh KSU untuk beramah mesra dan juga peluang kepada para petugas untuk menyampaikan permasalahan mereka.

Sepanjang lawatan empat hari KSU ke Kedah Dan Perlis, turut diselitkan perjumpaan KSU bersama anggota RELA di Negeri Kedah dan Perlis. Kesempatan ini digunakan oleh anggota RELA untuk mengadakan sesi dialog bagi menyampaikan permasalahan dan pandangan mereka selama mereka menyertai RELA.


KSU turut meluangkan masa untuk majlis dialog dengan keturunan Siam di Wat Nikhodharam Telok Wanjah,Alor Setar yang turut disertai oleh Senator Boon Som Inong, Ahli Dewan Negara. Permasalahan utama masyarakat Siam di sini ialah taraf warganegara mereka yang menyekat anak-anak mereka untuk menyambung pelajaran dan juga taraf mereka sebagai bumiputra


Hari terakhir lawatan kerja ini diisi dengan program menembak bersama warga RELA di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah. Acara ini melibatkan dua aktiviti iaitu latihan menembak sasaran pada jarak 20 meter dan latihan kedua adalah menembak jatuh piring.



















29 November 2011
KDN Sana Sini