Membudayakan Inovasi menjadi tema Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tahun 2011. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 1 November 2011 yang lepas.
Sambutan hari Inovasi kali ke lapan ini berlangsung selama lima hari bermula 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima daripada enam kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Layanan Urusan Melalui Telefon, Anugerah perkhidmatan Kaunter terbaik, anugerah Persekitaran Berkualaiti, Anugerah Pengurusan Berkualiti, Anugerah Pengurusan Kewangan dan Anugerah Inovasi.
Dalam ucapan perasmian oleh YBhg Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan tahniah kepada warga JPN atas pencapaian inovatif mereka. Pencapaian lima inovasi yang dilakukan oleh JPN seperti Pelancaran MyKad 1 hari, Permohonan MyKad Online, Pendaftaran Perkahwinan Setiap Hari, Perkongsian Pintar JPN dan Jabatan Imigresen Malaysia serta Permit kubur dan Surat Mati Disekalikan merupakan antara transformasi penting yang dilakukan oleh JPN sebagai menyahut seruan pucuk pimpinan Negara.
Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh kumpulam kebbudayaan JPN dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta yang Berjaya. Turut hadir Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua Pengarah JPN dan pegawai-pegawai kanan KDN dan JPN serta agensi-agensi lain di bawah KDN.



























1 November 2011
KDN Sana Sini