Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan penambahbaikan proses pilihanraya di Sabah teah diadakan pada 25 hingga 26 November 2011 bertempat di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diwakili oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, serta beberapa bahagian dalam KDN yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan TKSU (N). Turut hadir adalah Y.Bhg Dato’ Jariah Mohd Said Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai-pegawai kanan KDN.

Persidangan ini adalah Persidangan Parlimen dalam bentuk Jawatankuasa menyaksikan pembentangan daripada parti-parti politik, persatuan / pertubuhan dan individu bertujuan mendapat pandangan dan cadangan penambahbaikan agenda (i) proses pilihanraya, (ii) institusi pelaksanaan pilihanraya, (iii) proses mengenai daftar pemilih dan (iv) system alternative / prosedur yang tidak terkandung dalam prosedur.




















28 November 2011
KDN Sana Sini