TUJUAN
Untuk memaklumkan mengenai garis panduan pemilihan Anugerah Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC, KDN.
LATAR BELAKANG
Anugerah Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC diwujudkan melalui Mesyuarat Pemantauan Aduan Bil 7/2011 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. TKSU (P) sebagai pengiktirafan dan penghargaan.
KELAYAKAN
Bagi menentukan kakitangan yang layak menerima Anugerah ini, asas-asas pertimbangan yang perlu diguna pakai sepanjang tempoh penilaian ialah:
- Terdiri daripada kakitangan Bahagian dari Gred 38 dan ke bawah yang lantik secara tetap, sementara atau kontrak;
- Prestasi kehadiran yang cemerlang berasaskan laporan Desk Officer dan Pegawai Bahagian Komunikasi Korporat yang memantau di OSC.
- Sikap, tingkah laku dan displin yang terpuji termasuk pemakaian tanda nama, pemakaian uniform yang dibekalkan, kekemasan pakaian dan sentiasa memberi senyuman ketika berurusan dengan pelanggan.
- Bersungguh – sungguh dalam menjalankan tugas dan melayan pelanggan dengan cemerlang
- Mempunyai personaliti yang menarik dan boleh menjadi contoh kepada petugas OSC yang lain (termasuklah layanan telefon, kekemasan, persekitaran tempat kerja dan hubungan dengan petugas OSC yang lain).
PELAKSANAAN
Pencalonan Anugerah Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC dibuat oleh Bahagian Komunikasi Korporat setiap bulan. Pelbagai kaedah pemilihan boleh digunakan seperti:
- Perbincangan dan persetujuan antara Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat dengan Desk Officer OSC yang telah di lantik daripada semua bahagian dalam KDN
- Penilaian boleh dibuat melalui Borang Penilaian yang dicadangkan seperti Lampiran A dan B.
- Pencalonan akan dinilai oleh Desk Officer OSC pada setiap hari dan pencalonan akan diberikan kepada Bahagian Komunikasi Korporat untuk penyediaan sijil anugerah pada setiap bulan.
- Setiap pencalonan akan dikemukakan oleh Desk Officer OSC kepada Bahagian Komunikasi Korporat melalui Borang Pencalonan seperti di Lampiran C .
INSENTIF DAN HADIAH
Insentif dan juga hadiah yang bakal diterima oleh penerima Anugerah Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC adalah:
- Sijil Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC ditandatangani oleh Y. Bhg. Ketua Setiausaha;
- Peluang keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja;
- Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri; dan
- Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat di lokasi yang strategik atau biasa dikunjungi orang ramai; dan
- Penyampaian Sijil akan dibuat dalam majlis – majlis yang bersesuaian di Kementerian.
TARIKH KUATKUASA
Tarikh kuatkuasa Garis Panduan Anugerah Kaunter Khidmat Pelanggan terbaik dan Pekerja Contoh OSC ini ialah pada 1 Oktober 2011.
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Oktober 2011


















21 December 2011
KDN Sana Sini