KDN akan menganjurkan program kembara Media NBOS 2011 yang dijadual bermula dari 9 – 11 Disember 2011. Kembara Media ini akan menjelajah ke lokasi hot spot seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bharu.
Antara objektif Kembara Media ini adalah:
- Mempromosi dan memberi publisiti yang meluas mengenai penurunan kadar jenayah melalui Pelan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan pihak media.
- Menyediakan ruang serta memberi input kepada wartawan untuk melihat secara lebih jelas usaha-usaha yang dibuat oleh KDN dalam menurunkan kadar indeks jenayah.
- Menjelaskan isu-isu berbangkit mengenai program-program KDN yang dilaksanakan supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada media dan seterusnya disalurkan kepada rakyat.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena program ini antaranya ialah taklimat keselamatan, forum, lawatan ke lokasi hot spot dan lain-lain.
Berikut adalah aturcara bagi Program Kembara Media NBOS:
HARI PERTAMA: Jumaat, 9 Disember 2011
2.30 ptg : Peserta/Petugas mendaftar diri di Dewan Gemilang.
3.00 ptg : Taklimat program.
3.30 ptg : Taklimat penurunan kadar jenayah seluruh negara hasil inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan oleh Pengerusi NKRA PDRM.
4.30 ptg : Kunjungan Hormat Media Bersama YB Menteri Dalam Negeri.
Minum Petang (KSU, TKSU, KP, SUB).
5.00 ptg : YB Menteri Dalam Negeri melepaskan Kembara Media NBOS (KDN) 2011. (Tentatif)
5.30 ptg : Berlepas ke Melaka.
Check in Hotel Emperor, Melaka.
Makan malam (tentatif bersama YB Timbalan Menteri, Dato’ Wira Abu Seman Hj Yusop).
Rehat / Bebas.
HARI KEDUA: Sabtu, 10 Disember 2011
7.00 pg : Sarapan pagi di hotel.
8.00 pg : Bertolak ke Dewan Jubli Mas, Muar, Johor.
8.30 pg : Taklimat/Forum (PDRM, RELA, AADK, JPAM).
Taklimat oleh : Ketua Polis Daerah Muar.
Tajuk Forum : “Kejayaan Mengurangkan Kadar Jenayah: Kerjasama Erat Antara Masyarakat dan Pihak Berkuasa”.
Kumpulan sasaran : Pemimpin masyarakat.
Urusetia : AADK.
Gimik : Penyampaian Surat Penghargaan KDN kepada lima wakil kumpulan masyarakat di Muar yang menjalin kerjasama terbaik dengan pihak berkuasa tempatan.
1.00 tgh : Makan tengah hari.
2.00 ptg : Bertolak ke Batu Pahat, Johor.
2.50 ptg : Tiba di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.
3.00 ptg : Taklimat/Forum (PDRM, RELA, AADK, JPAM).
Taklimat oleh : Ketua Polis Daerah Batu Pahat.
Tajuk Forum : “Trend Jenayah di Kalangan Generasi Muda Hari Ini dan Inisiatif Mengatasinya”.
Kumpulan sasaran : Mahasiswa dan pemimpin pelajar.
Urusetia : RELA.
Gimik : Bacaan ikrar khas memerangi jenayah oleh persatuan mahasiswa beruniform.
Minum petang.
6.30 ptg : Bertolak dan check in Hotel Nazatalyya, Johor Bharu, Johor.
8.30 mlm: Makan malam di hotel.
Rehat/aktiviti bebas.
HARI KETIGA/AKHIR: Ahad, 11 Disember 2011
7.00 pg : Sarapan pagi di hotel.
7.30 pg : Check out hotel.
8.00 pg : Bertolak ke Kompleks KDN, Johor Bharu.
8.30 pg : Taklimat/Forum (PDRM, RELA, AADK, JPAM).
Taklimat oleh : Ketua Polis Daerah Johor Bharu.
Tajuk Forum : “Program Bandar Selamat”.
Kumpulan sasaran : Wakil badan/pertubuhan perniagaan.
Urusetia : ROS.
Gimik : Acara perasmian penutup oleh Yg. Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha KDN.
12.00 tgh: Makan tengah hari.
5.30 ptg : Berlepas balik ke Putrajaya.
TAMAT KEMBARA MEDIA NBOS (KDN) 2011


















1 December 2011
KDN Sana Sini