- Kementerian Dalam Negeri sedang menggubal dan merangka satu dasar dan halatuju baru bagi penapisan filem iaitu selari dengan Dasar Transformasi Kerajaan.
- Dalam usaha ini, Kementerian telah dan akan mengadakan program interaksi dengan semua pihak termasuk pengamal industri perfileman, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, para akademik, persatuan-persatuan dan pertubuhan pengguna.
- Program interaksi pertama yang telah diadakan ialah Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia yang berlangsung pada 21 Disember 2011 bersama pengamal industri filem. Oleh itu, semua pihak dijemput untuk memberi pandangan, ulasan serta cadangan mengenai dasar, dan halatuju baru berkaitan dengan penapisan filem negara sejajar dengan perkembangan semasa dan dasar transformasi kerajaan.
#####
Disediakan:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya .
No. Telefon: 03 – 8886 8000


















28 December 2011
Kenyataan Media/Akhbar