web analytics

KENYATAAN MEDIA- JPAM Bersiap Sedia Hadapi Banjir Di Labuan, Sabah Dan Sarawak 2 Disember 2011

4 December 2011

Kenyataan Media/Akhbar

  1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang mengambil langkah perlu bagi memastikan 23,817 anggotanya di Labuan, Sabah dan Sarawak bersedia berhadapan masalah banjir yang dijangka melanda tiga lokasi itu antara Disember ini hingga Mac 2012.
  2. Daripada jumlah tersebut, 750 adalah anggota yang boleh digerakkan serta merta dalam tempoh tiga (3) jam permulaan banjir, manakala 23,067 lagi adalah sukarelawan yang boleh dipanggil membantu tugas susulan operasi.
  3. Langkah bersiap sedia ini diambil berikutan jangkatan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan kenaikan paras hujan di tiga lokasi berkenaan bakal meningkat antara 20 hingga 40 peratus melebihi paras purata bermula Disember ini hingga Mac 2012.
  4.  Pada Januari dan Februari 2012, paras hujan juga dijangka meningkat melebihi 40 peratus bagi wilayah Kudat dan Pantai Barat Sabah.
  5. Sehubungan itu, segala kemudahan dan keperluan di semua 1,074 pusat pemindahan di Labuan, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kapasiti menempatkan 411,974 mangsa banjir kini sedang dipantau bagi tujuan persediaan.
  6. JPAM Sabah dan Sarawak mempunyai logistik sebanyak 46 buah bot, 15 buah lori lima tan dan 17 buah kenderaan pacuan 4 roda, yang akan digunakan untuk membantu memindahkan mangsa banjir.

 

Disediakan :

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya

No. Telefon: 03 – 8886 8000

, , , ,