web analytics

Kenyataan Media – Majlis Penghargaan Media Dalam Menjayakan Kempen Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran Bagi Tahun 201

30 December 2011

KDN Sana Sini

  1. Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah mengadakan satu majlis bagi menghargai pihak media yang terlibat membantu Kerajaan di dalam kempen memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam,  Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Pengerusi MAPO telah menyampaikan sijil penghargaan dan anugerah kepada pihak media cetak dan elektronik yang aktif menyiarkan berita dan juga maklumat berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Anugerah tersebut adalah:-
    1. Wartawan Paling Aktif :  Puan Kurnia daripada Bernama
    2. Media Cetak Paling Aktif (BM): Utusan Malaysia
    3. Media Elektronik Paling Aktif: TV3
    4. Stesen Radio Paling Aktif: Sinar FM
    5. Majalah Paling Aktif: Mingguan Wanita
    6. Blogger Paling Aktif: Malaysian Insider
    7.  Anugerah Khas: RTM
  2. Statistik terkini kes-kes pendakwaan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sehingga 20 Disember 2011 adalah seperti berikut:
    1. Kes yang telah dituduh sebanyak 381
    2. Kes sedang diperingkat bicara sebanyak 241
    3. Kes selesai sebanyak 59
    4. Sabitan sebanyak 60
  3. Statistik kes-kes penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang sehingga 30 November 2011 adalah seperti berikut:
    1. Jumlah kes sebanyak 390
    2. Jumlah tangkapan sebanyak 557
  4. Statistik mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) serta ditempatkan di rumah perlindungan sehingga 30 November 2011 adalah seperti berikut:
    1. Lelaki: 258
    2. Wanita: 518
    3. Kanak-Kanak: 118
  5. Statistik kes-kes penguatkuasaan bagi penyeludupan migran sehingga 30 November 2011 adalah seperti berikut:
    1. Jumlah kes sebanyak 20
    2. Jumlah tangkapan sebanyak 29
    3. Jumlah migran yang diseludup 408
  6. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Bali Ministerial Process on People Smuggling, Trafficking in Persons and Related Transnational Crime Workshop on “Victim Protection” pada 12 dan 13 Januari 2012 dengan kerjasama International Organization on Migration (IOM). Bengkel ini akan melibatkan Kementerian dan agensi di bawah MAPO dan juga wakil daripada hampir 50 negara-negara anggota Bali Process. Bengkel ini akan membincangkan isu-isu berkaitan perlindungan mangsa termasuklah proses mengenalpasti mangsa, khidmat bantuan kepada mangsa dan juga kerjasama antarabangsa.
  7. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh MAPO bagi memastikan Malaysia mendapat penilaian yang positif daripada Kerajaan Amerika bagi penyediaan Laporan TIP 2012. Antara usaha-usaha tersebut adalah :
    1. Memperkasakan agensi penguatkuasaan.
    2. Melaksanakan program promosi dan kempen kesedaran.
    3. Memperkukuhkan mekanisme perundangan.
    4. Mempertingkatkan program pemulihan dan perlindungan bagi mangsa-mangsa.
    5. Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi Kerajaan dan juga Badan-badan  Antarabangsa.
    6. Mewujudkan satu pangkalan data bagi pengumpulan statistik-statistik MAPO.
    7. Mewujudkan Task-Force di setiap negeri.

#####

Disediakan:

Sekretariat MAPO
Kementerian Dalam Negeri
Aras 8, Blok D2, Kompleks D
Putrajaya

No. Telefon: 03 – 8886 8000