- Sehingga hari ini (1 Disember 2011), sejumlah 1,595 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 37 majikan telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 539 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Oktober 2011.
- Jumlah yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 12,287 PATI serta 39 majikan yang diperiksa sepanjang operasi.
- Pada masa sama, sehingga hari ini (1 Disember 2011), sejumlah 41,278 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 26,115 orang; diikuti India (3,456); Myanmar (2,008); Kemboja (1,361); Nepal (2,140); Filipina (963); Bangladesh (1,691); Vietnam (1,199); Sri Lanka (687); Pakistan (901); China (432); dan lain-lain negara (325).
- Daripada statistik yang sama, 33,130 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara; 8,045 memilih jalan laut dan 103 menggunakan laluan darat.
- Dalam perkembangan lain, sejak Proses Pemutihan di bawah Program 6P bermula pada 10 Oktober 2011, sejumlah 67,665 PATI daripada 6,001 majikan telah diputihkan. Berdasarkan statistik ini, pecahan mengikut negara merekodkan Indonesia dengan jumlah paling tinggi iaitu 42,544; diikuti Bangladesh (13,838); Myanmar (6,527); Nepal (2,107); India (903); Vietnam (612); Kemboja (447); Pakistan (362); Filipina (126); Sri Lanka (112); dan Thailand (87).
- Majikan yang sebelum ini telah mendaftarkan pekerja PATI mereka dengan Program 6P tetapi masih belum tampil memproses permohonan bagi tujuan pemutihan diminta supaya menyegerakannya sebelum tamat tempoh pada 10 Januari 2012.
Tamat.
Disediakan:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No. Telefon: 03 – 8886 8000


















1 December 2011
Kenyataan Media/Akhbar