
Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam , Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah menerima satu kunjungan hormat daripada Encik H.E David Pine,Pesuruhjaya Tinggi New Zealand. Kunjungan hormat tersebut telah disambut dengan mesra oleh Y.Bhg Tan Sri KSU KDN di Pejabat beliau pada jam 12.00 tengahari, 20 Disember 2011 (Selasa). Pertemuan yang diadakan dalam keadaan mesra dan saling bertukar pandangan tentang suasana semasa itu berlangsung selama hampir sejam.

Y.Bhg. Tan Sri Mahmood b. Adam mengalu-alukan kedatangan Encik H.E David Pine, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia dan mengharapkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ini akan terus terjalin dan erat.



















20 December 2011
KDN Sana Sini