web analytics

Majlis Dialog Y.Bhg Tan Sri KSU Bersama PTJ, Di Auditorium D8 KDN Pada 20 Disember 2011

26 December 2011

KDN Sana Sini

Satu Majlis Dialog antara Y.Bhg Tan Sri KSU (KDN) bersama PTJ telah diadakan di Auditorium, Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya pada 20 Disember 2011 (Selasa).

Majlis yang dihadiri oleh semua PTJ yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri ini berlangsung hampir selama 2 jam. Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat dari Y.Bhg Tan Sri KSU (KDN), diikuti dengan pembentangan daripada Bahagian Kewangan, Bahagian Audit Dalam serta Bahagian Akaun.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perbelanjaan semasa bagi jabatan-jabatan dan agensi – agensi yang berada di bawah KDN. Majlis yang berlangsung  dengan lancar dan jayanyan ini tamat pada jam 10.00 malam.

,