Sempena Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM / RELA / JPAM / SRS yang telah diadakan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam (Ketua Setiausaha KDN) telah dijemput bagi merasmikan majlis berkenaan. Tujuan program ini diadakan adalah demi untuk kesejahteraan dan keamanan berpanjangan kepada komuniti di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Tan Sri KSU menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi peneraju kepada NKRA mengurangkan jenayah dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa Kementerian dan agensi lain. Demi melaksanakan tanggungjawab ini, KDN telah memuwujudkan sebuah makmal untuk mengurangkan jenayah yang dianggotai oleh kementerian, agensi, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan dan semua lapisan masyarakat mempunyai kaitan dengan isu keselamatan.

Untuk rekod, Tan Sri KSU telah memaklumkan bahawa jenayah indeks telah berjaya dikurangkan sebanyak 9.8% bagi tempoh Januari hingga Oktober 2011. Setelah merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada PDRM atas kejayaan yang telah dilakar, Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM / RELA / JPAM / SRS, perasmian majlis ini disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri KSU.

Setelah perasmian, para hadirin dihidangkan dengan persembahan sketsa kes ragut, perbarisan hormat yang terdiri dari anggota PDRM, JPAM, RELA, Pasukan Anjing Pengesan, Pasukan Polis Berkuda, Pasukan Bermotor, Kereta Peronda , dan diakhiri dengan pasukan Pancaragam dari PULAPOL.


















14 December 2011
KDN Sana Sini