
Putrajaya, 16 Disember 2011: Bertempat di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri telah berlangsungnya satu Majlis Menandatanganni Dokumen dan Penyerahan Bangunan Polis Diraja Malaysia di antara Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd. selaku pelaksana projek, pihak pemilik Kementerian Dalam Negeri dan pihak pengguna Polis Diraja Malaysia.

Dalam majlis tersebut Encik Faris Tamthil bin Mansor selaku Pengurus Besar, Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd telah menyerahkan projek-projek yang telah disiapkan tersebut kepada Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri. Projek-projek yang diserahkan itu adalah Pulapol Kuching, Pulapol Kuching, Kompleks Perumahan PDRM Alor Akar Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan PGA Kubang Badak.


Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati daripada Pengurus Besar Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd kepada Y. Bhg. Tan Sri KSU dan Y. Bhg. Dato’ Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman sebagai tanda simbolik.


















16 December 2011
KDN Sana Sini