
Y.B. Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Disember bertempat di Auditorium, Blok D8, Parcel D, Putrajaya pada 22 Disember 2011 jam 8.30 pagi.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di atas segala kerja keras dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2011. Antara kejayaan yang telah dicapai adalah penurunan jenayah indeks sebanyak 16,761 (10.3%) daripada 162,207 kes kepada 145,446 kes yang berjaya dicatatkan berbanding tempoh sama pada tahun 2010. Kejayaan-kejayaan lain adalah Program Pemasyarakatan Banduan menerusi Strategi Lautan Biru, myONLINE Passport, Cure & Care Service Centre, perluasan percetakan MyKad teragih, pengupacaraan pendaftaran perkahwinan hujung minggu, pengenalan dokumen baru daftar kematian/permit mengubur di Semenanjung Malaysia, pernarafan portal lima bintang laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara, pemerkasaaan peranan Ikatan Relawan Rakyat (RELA), pelaksanaan Program 6P, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, penubuhan Sub Unit Khas Pas Pelajar dan banyak lagi.

Dalam majlis yang sama Y.B Timbalan Menteri turut menyampaikan Sijil Penghargaan Pembaca Gemilang kepada warga KDN yang kerap mengunjungi dan menggunakan kemudahan Perpustakaan KDN serta Sijil Penghargaan di atas sumbangan yang diberikan dalam menghasilkan artikel bertajuk 7 Komitmen Utama Pemangkin Transformasi KDN.


















22 December 2011
KDN Sana Sini