web analytics

Majlis Perjumpaan KSN Bersama Warga KDN Pada 6 Disember 2011

8 December 2011

KDN Sana Sini

6 Disember 2011 : Warga kerja Kementerian Dalam Negeri telah menerima kunjungan Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Majlis Perjumpaan tersebut telah dilaksanakan di Dewan Gemilang, Blok D1, Putrajaya pada jam 2.00 petang. Perjumpaan ini juga disertai lebih daripada 400 orang warga kerja KDN daripada Bahagian/ Jabatan/ Agensi KDN. KDN merupakan kementerian yang kelima menerima lawatan daripada Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan. Turut menyambut kedatangan beliau Y.Bhg. Dato’ Alwi b. Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) KDN dan Y.Bhg. Dato’ Wahab b. Mohd. Yasin Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN. 

Dalam perjumpaan tersebut Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan menekankan konsep ‘Trust’ iaitu amanah dalam ucapannya. Beliau mahu setiap penjawat awam menanam konsep ini di dalam diri masing-masing semasa menjalankan tugasan harian kerana kerajaan dilihat sebagai sebuah institusi yang dipercayai oleh rakyat. Teras utama perkhidmatan KDN adalah berasaskan keselamatan dan isu amanah ini amat penting dipegang oleh setiap penjawat awam. Turut diselitkan sesi dialog bersama warga kerja KDN pada akhir sesi perjumpaan ini.

Semasa sesi dialog tersebut, beliau telah sedikit sebanyak menyatakan KDN adalah sebuah kementerian yang terbaik berbanding kementerian lain. Ini adalah kerana KDN telah mencapai KPI yang telah disarankan pada tahun 2011 oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri.

,