web analytics

Majlis Perjumpaan Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bersama Pencetak, Penerbit Dan Pengimport Teks / Bahan Al-Quran

15 December 2011

KDN Sana Sini

Satu majlis perjumpaan antara Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha KDN bersama Pencetak, Penerbit dan Pengimport Teks / Bahan Al-Quran telah diadakan pada 15 Disember 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya. Majlis yang berlangsung mulai dari jam 7.30 pagi itu, adalah bertujuan untuk mengupas segala isu permasalahan berkenaan pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks / bahan Al-Quran. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendengar pendapat dari pihak terbabit berkenaan dengan isu penguatkuasaan Hologram Teks Al-Quran. 

Majlis yang dimulai dengan ucapan dan amanat dari Y.Bhg. Tan Sri KSU KDN, yang mana dalam ucapan beliau, menyatakan akan objektif dan kepentingan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986). Seperti mana sedia maklum, akta ini diwujudkan demi tujuan pengawalan Teks Al-Quran, iaitu memelihara kesucian dan keselamatan Al-Quran itu sendiri. Selesai, ucapan dan amanat dari Y.Bhg. Tan Sri KSU KDN, satu sesi dialog telah diadakan antara pihak Pencetak, Penerbit dan Pengimport Teks / Bahan Al-Quran dengan Y.Bhg. Tan Sri KSU.

Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi dialog berkenaan adalah mencadangkan agar pihak KDN menyediakan pruf akhir teks Al-Quran bagi memudahkan pencetak menjalakan kerja-kerja percetakan. Selain itu, terdapat juga cadangan agar pihak KDN menyediakan E-Quran atau Al-Quran Dalam Talian bagi kemudahan dan kesenangan pengguna. Akan tetapi, Y.Bhg. Tan Sri KSU menegaskan E-Quran ini tidak dapat disiarkan kerana bimbang terjadinya penyelewengan tanpa kawalan ayat suci berkenaan. Manakala, wakil dari Persatuan Orang-orang Cacat Islam Malaysia telah mengemukakan pendapat agar pihak KDN dapat menghantar wakil bagi mempelajari kaedah penulisan Braile untuk kemudahan semakan Al-Quran braile yang dicetak oleh pihak berkenaan. Sebelum berakhirnya majlis tersebut, Y.Bhg Tan Sri  KSU, menegaskan pihak KDN dalam proses perbincangan bagi meningkatkan sistem semakan iaitu untuk memendekkan tempoh masa penyemakan dari 2 bulan kepada seminggu. Hasrat ini disambut baik oleh pihak Pencetak, Penerbit dan Pengimport Teks / Bahan Al-Quran. Majlis yang berlangsung hampir satu setengah jam ini diakhiri dengan bacaan surah Al-‘Asr.

, ,