
Satu mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis telah diadakan pada 15 Disember 2011 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat YB Menteri,Aras 12, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya. Mesyuarat yang bermula pada jam 11.00 pagi ini telah dipengerusi oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan polis, pelantikan pegawai secara kontrak serta tindakan tatatertib terhadap pegawai kanan polis. Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis kali Ke – 78 yang dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi KDN, barisan pengurusan tertinggi PDRM serta pegawai-pegawai kanan polis ini berlangsung selama hampir 2 jam ini telah ditangguhkan tepat jam 1 tengahari.



















15 December 2011
KDN Sana Sini