
Perpustakaan Kementerian Dalam Negeri menganjurkan Mini Karnival 2011 Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember 2011 sehingga 14 Disember 2011 bertempat di Ruang Legar Blok D8, Kompleks D, Putrajaya bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan utama Mini Karnival 2011 ini ialah untuk memberi peluang kepada semua Warga Kompleks D “Membeli Pada Harga Istimewa” disamping menyuntik semangat membaca dikalangan warga Kompleks D. Jualan-jualan terdiri daripada bahan bacaan ugama, novel, majalah dan produk-produk kesihatan.



















13 December 2011
KDN Sana Sini