web analytics

Program Kembara Media NBOS (KDN) 2011 Di Daerah Muar & Batu Pahat Pada 10 Disember 2011

15 December 2011

KDN Sana Sini

Hari kedua Kembara Media NBOS Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun 2011 meneruskan perjalanan seawal 8.00 pagi dan singgah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.  Rombongan media ini disambut meriah dengan paluan kompang berirama dari Kumpulan Kompang Seri Puteri, Sungai Abong, Muar, Johor.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Tuan Haji Mohammad Nasir bin Ramli telah menyampaikan taklimat mengenai penurunan indeks kadar jenayah daerah.  Menurut beliau kadar jenayah di daerah Muar di antara tahun 2010 dan 2011 mencatatkan penurunan dengan 371 kes direkodkan berbanding 587 untuk tempoh sama tahun lalu.  Jelas beliau kejayaan yang dicapai oleh PDRM Daerah Muar merupakan kerjasama erat di antara PDRM dan juga masyarakat setempat.

Satu sesi forum yang bertajuk “Kejayaan Mengurangkan Kadar Jenayah: Kerjasama Erat Antara Masyarakat dan Pihak Berkuasa juga turut diadakan. Panel forum terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) diwakili sendiri oleh ACP Tuan Haji Mohammad Nasir bin Ramli, Encik Izhar bin Abu Talib, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan [AADK], Encik Khairi bin Mohd Alwee, Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik Ikatan Relawan Rakyat Malaysia [RELA] dan wakil daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).  Manakala ahli forum terdiri daripada wakil-wakil pemimpin masyarakat di sekitar Muar. Satu majlis penyampian cenderahati dan sijil perhargaan oleh Ketua Polis Daerah Muar kepada ahli Community Policing, KRT, SRS dan RELA daerah Muar yang banyak membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah turut diadakan.

Rombongan media NBOS KDN juga turut dibawa ke Pusat Pemantauan CCTV PDRM Muar, Johor untuk melihat sendiri pemantauan yang dilakukan di 16 kawasan hotspot Daerah Muar.

Batu Pahat, Johor : Rombongan Kembara Media NBOS KDN (2011) disambut oleh mahasiswa dan mahasiswi dari  Universiti Tun Hussein Onn yang terdiri daripada SISPA, RELASIS dan SUKSIS.

Rombongan Kembara Media NBOS (KDN) 2011 serta Mahasiswa dan Mahasiswi mendengar Taklimat bertajuk “Penurunan Kadar Jenayah” yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din bin Ahmad. Forum keselamatan di Daerah Batu Pahat yang dikendalikan oleh En. Hassan bin Mohd sebagai Moderator yang dihadiri bersama empat orang ahli panel terdiri daripada PDRM,AADK,JPAM dan RELA yang bertajuk “Trend Jenayah di Kalangan Generasi Muda Masa Kini dan Inisiatif Mengatasinya.

, , , ,