
Sempena Program Kembara Media NBOS (KDN) 2011 yang diadakan bermula 9 Disember 2011 – 11 Disember 2011, satu taklimat penurunan kadar jenayah telah diadakan di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1 pada 9 Disember 2011 (Jumaat) bermula dari jam 3.30 petang. Taklimat yang dihadiri oleh wakil – wakil media serta jabatan dan agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri ini telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Implementasi NKRA Bukit Aman, Supt. Dennis Lim Kwang Keng.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi publisiti yang meluas mengenai penurunan kadar jenayah melalui Pelan Strategi Lautan Biru Kebangsaan kepada rakyat dengan melalui medium media. Selain itu, taklimat ini juga adalah bertujuan menjelaskan dan menyalurkan maklumat akan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh KDN dalam menurunkan indeks kadar jenayah.

Dalam taklimat tersebut, jemputan telah dibentangkan kadar perbandingan dan statistik indeks jenayah dari Jan – Nov 2010 dan Jan – Nov 2011 berdasarkan ‘hotspots’ yang telah ditetapkan. Untuk rekod, 5 NKPI yang telah digariskan kepada PDRM telah hampir berjaya dicapai dengan empat dari lima sasaran tersebut telah pun dicapai.


Berakhirnya taklimat tersebut pada jam 4.30 petang, para peserta Program Kembara Media NBOS (KDN) 2011 yang terdiri dari wakil-wakil media dan jabatan serta agensi di bawah KDN telah berkumpul di D8 bagi acara pelepasan. Pelepasan tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam (KSU KDN). Tepat jam 6.00 petang, peserta Program Kembara Media NBOS (KDN) 2011 bertolak menuju ke destinasi kembara seterusnya iaitu Melaka.


















15 December 2011
KDN Sana Sini