
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan kursus Pembinaan Pasukan ( TEAM BUILDING) bil.1/2011 bertempat di Villa Chin Sungai Rait,Miri,Sarawak pada 16-18 Dis 2011. Kursus Team Building ini melibatkan agensi-agensi dibawah KDN seperti JPAM, Penjara, Polis, RELA, JPN, ROS, AADK dan Imigresen.



Kesemua peserta kursus adalah dari sekitar negeri Sarawak dan 2 peserta UPP dari Semenanjung. Dalam kursus kali ini Peserta telah didedahkan dengan modul kursus yang melibatkan acara-acara lasak yang dikendalikan oleh jurulatih dari JPAM. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato’ Wahab Mohd Yasin.

Dalam ucapan perasmian TKSU(P) berharap agar kursus ini dapat membina jati diri apabila bertugas di tempat masing-masing dan sentiasa bersedia apabila khidmat diperlukan oleh orang awam. Hadir sama Dato’ Mohamed Asri Yusof (Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan) dan dihadiri wakil-wakil Jabatan KDN. Peserta Pada akhir kursus peserta telah didedahkan dengan latihan menembak yang dikendalikan oleh Polis dan RELA, Miri, Sarawak.


















19 December 2011
KDN Sana Sini