web analytics

Seminar Halatuju Kawalan Dan Penapisan Filem Di Malaysia Di Dewan Serbaguna Kementerian Penerangan, Kebudayaan & Kesenian Pada 21 Disember 2011

26 December 2011

KDN Sana Sini

Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan telah mengadakan satu Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia. Seminar yang diadakan di Dewan Serbaguna,Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Presint 4 ini telah dihadiri oleh para penggiat seni yang terdiri daripada penerbit, pengarah, dan juga produser filem. 

Seminar yang bermula jam 9.30 pagi ini dimulai dengan ucapan dan pembentangan Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia. Kemudian diteruskan pula dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Wan Armizah, Jawatankuasa Rayuan Filem, Prof. Dr Abu Hassan daripada Universiti Malaya (UM) serta Encik Mahadi Jit Murat yang merupakan wakil Industri Perfileman Malaysia.

Pada sebelah petang pula, seminar ini diteruskan dengan sesi dialog dimana sesi ini diadakan bagi membincangkan hal ehwal semasa berkenaan filem dan penguatkuasaan serta penapisan filem. Dalam ucapan Y.Bhg. Tan Sri KSU (KDN) yang telah menyempurnakan perasmian penutupan seminar menyatakan bahawasanya KDN tidak akan menyekat kebebasan penggiat filem berkarya namun mereka diingatkan agar mengikut garis panduan yang telah disediakan. Y. Bhg Tan Sri KSU (KDN) juga turut menyempurnakan penyampaiaan anugerah yang terdiri daripada Anugerah Khas KDN, Anugerah Penggiat Filem, Anugerah Pengedar Filem Pita, Anugerah Pengedar Filem Sinematografi, dan Pemberian Penghargaan kepada Rakan Strategik dan Rakan Bestari. Anugerah ini disampaikan bagi menghargai jasa dan kerjasama yang baik antara penggiat-penggiat filem serta agensi kerajaan dalam bidang berkaitan penguatkuasaan filem. Seminar ini berakhir pada jam 5.00 petang.