web analytics

Sidang Media Di Bilik Mesyuarat Pejabat KSU KDN Pada 29 Disember 2011

30 December 2011

KDN Sana Sini

Mulai 29 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012, tiga Cawangan Pusat Setempat (OSC) yang sedia ada iaitu Pusat Pemutihan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Kompleks KDN Johor Bahru dan Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang akan mula berurusan 24 jam. Petikan daripada sidang akhbar Y.Bhg Tan Sri Mahmood Bin Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pada 29 Disember 2011 bertempat di bilik mesyuarat pejabat KSU KDN. 

Bagi melancarkan proses pemutihan Program 6P dan mengurangkan kesesakan yang dihadapi oleh orang ramai yang berurusan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil inisiatif mewujudkan empat lagi Cawangan Pusat Setempat (One Stop Centre) yang akan turut  beroperasi 24 jam  iaitu di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Presint 2) Putrajaya, Pejabat Imigresen Malaysia (Cawangan Pasport) Presint Diplomatik (Presint 15) Putrajaya, Kompleks Kementerian Dalam Negeri  Jalan Duta, Kuala Lumpur serta Pejabat Imigresen cawangan Pelabuhan Kelang, Jalan Depoh, Seksyen 15, bermula Jumaat (30 Disember 2011) sehingga tarikh tamat pendaftaran program Pemutihan iaitu pada 10 Januari 2012.

,