web analytics

Sukaneka Puspanita Kementerian Dalam Negeri 17 Disember 2011

19 December 2011

KDN Sana Sini

Sukaneka Puspanita Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran kira-kira 300 orang warga KDN dan keluarga.  Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri di hadapan Blok D2, Kompleks D pada 17 Disember 2011.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri KSU telah mengumumkan bahawa warga KDN yang hadir ke program Sukaneka Puspanita KDN ini diberikan cuti tanpa rekod satu hari dan juga layak untuk membuat tuntutan kerja lebih masa.  Pengumum ini mendapat tepukan gemuruh daripada warga KDN yang hadir.

Pelbagai acara dipertandingkan antaranya ialah lari bawa bola ping pong, terompah gergasi, lari ikat kaki, bowling kelapa dan beberapa lagi acara.  Tan Sri KSU dan isteri serta Dato’ Alwi dan isteri juga turut mengambil bahagian di dalam pertandingan bowling kelapa. Y.Bhg Datin Roba’Aishah Gazali, Timbalan Pengerusi Puspanita KDN telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

,