web analytics

Ucapan Y.Bhg. Tan Sri Pengerusi Dalam Majlis Penghargaan Media Dalam Menjayakan Kempen Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran Pada 30 Disember 2011

30 December 2011

KDN Sana Sini

  1. Terima kasih diucapkan kepada semua media yang hadir ke Majlis Penghargaan Media.

TUJUAN MAJLIS

2. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha media dalam menjayakan kempen antipemerdagangan orang dan antipenyeludupan migran serta kesedaran mengenai jenayah ini sepanjang tahun 2011.

3. Tahniah diucapkan kepada pihak media membantu Kerajaan. Kita dapat lihat bahawa telah wujud kesedaran dan keprihatinan orang awam terhadap jenayah ini. Inilah yang perlu diberikan perhatian oleh tuan-tuan dan puan-puan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat setempat supaya usaha kerajaan memerangi jenayah ini dapat terus dilaksanakan dengan lebih  berkesan.

PERANAN MEDIA

4. Kepekaan dan kerjasama pihak media sangat diperlukan dalam menjayakan apa jua usaha kerajaan dalam mencegah dan membanteras jenayah bukan sahaja berkaitan pemerdaganagn orang dan penyeludupan migran tetapi dalam apa jua jenis jenayah sekali pun. Kerjasama ini perlu diteruskan untuk memastikan penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

5. Walaubagaimanapun, dalam membuat liputan sesuatu kes, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh pihak media. Sebagai contoh, pihak media tidak boleh mendedahkan maklumat sebenar mangsa pemerdagangan orang seperti nama, alamat, gambar dan apa-apa juga butiran mengenai mereka seperti mana termaktub dalam Akta Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Ini adalah bertujuan untuk melindungi identity mangsa yang mungkin akan mendapat ancaman daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

US TIP REPORT

6. Untuk makluman juga, Malaysia pada setiap tahun akan dinilai oleh pihak Kerajaan Amerika Syarikat melalui Laporan Pemerdagangan Manusia. Laporan ini akan menilai usaha-usaha berterusan Malaysia pada setiap tahun dalam menangani jenayah pemerdagangan orang. Pada tahun 2011, Malaysia telah diletakkan pada Tier 2 Watch List. Harapan Malaysia dan juga MAPO, agar pada tahun 2012 ini, Malaysia akan mendapat Tier yang lebih baik. Kita sering mengharapkan penilaian yang adil dan telus daripada pihak Kerajaan Amerika Syarikat dan kita sentiasa mengambil-berat terhadap teguran-teguran mereka bagi memperbaiki usaha kita dalam menangani jenayah ini.

PENGANJURAN BALI PROCESS

7. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Bali Ministerial Process on People Smuggling, Trafficking in Persons and Related Transnational Crime Workshop on “Victim Protection” pada

12 dan 13 Januari 2012 dengan kerjasama International Organization on Migration (IOM).

8. Bengkel ini akan melibatkan Kementerian dan agensi di bawah MAPO dan hampir 50 wakil dari negara-negara anggota Bali Process. Bengkel ini akan membincangkan isu-isu berkaitan perlindungan mangsa termasuklah proses mengenalpasti mangsa, khidmat bantuan kepada mangsa dan juga kerjasama antarabangsa.

9. Akhir kata, saya mewakili MAPO sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak media dalam membantu pihak Kerajaan dan amat berharap agar kerjasama ini akan berterusan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Kerajaan akan sentiasa bersungguh-sungguh dan berusaha dalam memerangi jenayah ini.

Lampiran

STATISTIK TERKINI

1. Statistik terkini pemerdagangan orang sehingga 20 Disember 2011 adalah seperti berikut:
i. Kes yang telah dituduh sebanyak 381
ii. Sabitan sebanyak 60
iii. Jumlah kes sebanyak 390
iv. Jumlah tangkapan sebanyak 557

2. Jumlah Mangsa yang diselamatkan sebanyak 894. Pecahan mangsa seperti berikut:
i. Lelaki: 258
ii. Wanita: 518
iii. Kanak-Kanak: 118

3. Statistik bagi penyeludupan migran sehingga 30 November 2011 adalah seperti berikut:
i. Jumlah kes sebanyak 20
ii. Jumlah tangkapan sebanyak 29
iii. Jumlah migran yang diseludup 408

,