
Kajang 16 Januari : Maldives Religious Leaders of Influence serta para pegawai dari The Asia Foundation Sri Langka berminat dan kagum dengan program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terutamanya pendekatan agama yang diterapkan kepada klien di Klinik Cure & Care 1Malaysia. Perkara yang sama turut diakui oleh Mohamed Didi selaku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Maldives ketika beliau serta 15 orang ahli deligasi mengadakan lawatan ke AADK Ibu Pejabat disini hari ini. Bertujuan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan di Malaysia dalam rawatan dan pemulihan dadah, para deligasi ternyata berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh AADK dalam memberikan perkhidmatan kepada para klien.

Pertemuan selama hampir dua jam itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Rushidi bin Ramly Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Pada sesi ucapan, beliau menjelaskan bahawa Malaysia melalui transformasi program rawatan dan pemulihan dadah yang dilaksanakan oleh AADK telah berjaya menarik kehadiran penagih bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan secara sukarela. Pertemuan dua buah negara itu diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para deligasi lawatan.

Oleh : Mohd Amir Khusairi bin Harun


















16 January 2012
KDN Sana Sini