web analytics

“Bukan Menahan Tetapi Merawat”

30 January 2012

KDN Sana Sini

 Oleh : Mohd Amir Khusairi bin Harun

Kuala Lumpur 30 Januari: “Bukan menangkap tetapi memujuk, bukan menahan tetapi merawat..”itulah ungkapan YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam ucapan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan bil 1/2012 di Hotel Vistana,Kuala Lumpur di sini semalam. 

Dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian,Negeri,Pusat Latihan,Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Klinik Cure & Care 1Malaysia serta pegawai-pegawai kanan AADK, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah turut memaklumkan bahawa tahun 2012 merupakan tahun yang semakin mencabar kepada agensi terutama dalam menjayakan komitmen AADK berdasarkan Outcome Based Budgeting (OBB) dan kehendak stakeholder. Sehubungan itu YBhg. Puan Sri Dato’ meminta agar setiap PTJ melaksanakan program yang memberikan impak dan outcome bersandarkan Perancangan Strategik AADK yang telah disusun bagi tahun 2012.

Bersempena mesyuarat tersebut, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah turut meluangkan masa dengan mengadakan program outreach di Kuala Lumpur pada 29 Januari bersama Yang Berusaha Dr. Rushidi Ramly Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK serta pegawai-pegawai AADK Wilayah Persekutuan dengan kerjasama CCSC Chow Kit bermula jam 10.00 malam hingga 11.30 malam.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari ini turut membincangkan pencapaian perancangan strategik AADK bagi setiap Bahagian Perkhidmatan Teras di samping pembentangan Perancangan dan Pelaksanaan Strategi Lautan Biru di AADK dan juga Cadangan Pelaksanaan Hypnotherapy di Klinik Cure & Care 1Malaysia.

,