Oleh : Mohd Saad Bin Md Ani

Serdang, 30 Januari : Bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan dan Pameran sempena Perhimpunan Perdana RELA Bersama YAB Perdana Menteri pada 28 Januari lalu, AADK telah memeriahkan perhimpunan berkenaan dengan membuka booth pameran antidadah, kaunter pendaftaran RADA serta kaunter laman sosial Facebook. Pameran tersebut melibatan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.

Bas pameran AADK turut menjadi tarikan para pengunjung dengan kehadiran lebih kurang 4000 orang sepanjang berlangsungnya program berkenaan. Selain daripada pendaftaran ahli RADA, pengunjung gerai pameran AADK juga berpeluang memenangi cabutan bertuah setelah menjadi rakan atau “like” pada laman Facebook AADK serta Rakan Antidadah. Pemenang bertuah pada hari tersebut telah membawa pulang sebuah pembakar roti yang telah disediakan oleh pihak Unit Media & Komunikasi Korporat AADK. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur untuk pengunjung yang datang seperti persembahan pancaragam anggota RELA, program derma darah oleh Kementeri Kesihatan Malaysia , urutan kaki refleksiologi dan banyak lagi.



















30 January 2012
KDN Sana Sini