web analytics

Kenyataan Media – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia “Ops Bantu IV”

15 January 2012

Kenyataan Media/Akhbar

  1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyediakan perkhidmatan Rescue 999. Namun begitu, pada musim perayaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengambil inisiatif melancarkan OPS BANTU yang secara umumnya memberi  bantuan khidmat kemanusiaan musim perayaan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang mempunyai statistik jumlah kemalangan yang tinggi. Sempena Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, bagi membantu pengguna-pengguna jalan raya, JPAM akan beroperasi bermula dari 16 Januari hingga 30 Januari 2012,JPAM akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam selama 16 jam sehari. Pada 23 dan 24 januari 2012 tiada operasi kerana hari perayaan. memfokuskan perjalanan sebelum dan selepas perayaan Tahun Barun Cina, yang akan melibatkan JPAM di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak. JPAM telah melibatkan 616 anggota dan 92 buah pelbagai kenderaan, seperti Ambulan, Kenderaan 4 roda 4×4, kenderaan sedan dan Motosikal Gerak Pantas 999. Semua kenderaan ini dilengkapi dengan peralatan kecemasan.
  2. Antara tugas-tugas yang dijalankan adalah lanjutan dari perkidmatan yang telah sedia ada iaitu bantuan kecemasan serta  ditambah dengan bantuan kepada pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya. Setiap tahun,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah  berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, tersusun, cekap dan berkesan untuk masyarakat.
  3. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia lebih sinonim dengan  khidmat kemanusiaan yang disumbangkan kepada masyarakat kerana fungsinya membantu Negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana iaitu  dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
  4. “Ops Bantu” ini akan  dijalankan selama 16 jam iaitu  melibatkan 2 shif. Shif pertama akan  bermula  dari jam  8.00 pagi sehingga 4.00 petang manakala  shif kedua pula bermula  dari 4.00 petang sehingga 12.00 malam.
  5. Tugasan utama di dalam Operasi “Ops Bantu” ini adalah  memberi bantuan dalam Kecemasan iaitu  First Aider ( FA ) dan First Responder ( FR ), membuat rondaan di sepanjang Jalan Raya Persekutuan dan Negeri bagi membantu sekiranya terdapat mangsa-mangsa bencana, kemalangan atau yang dalam kesusahan. Selain itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia juga membantu dalam membaikpulih kerosakan kecil kenderaan contohnya seperti menukar tayar kenderaan yang bocor serta  membantu melancarkan lalulintas contonya seperti bertanya masalah yang dihadapi kepada pengguna jika ada kenderaan yang berhenti di bahu jalan.
  6. kenderaan utama yang digunakan untuk perkhidmatan musim perayaan “Ops Bantu” iaitu kenderaan 4 roda seperti Isuzu Rodeo, Toyota Hilux, Nisan Navara dan Van. Kenderaan ini digunakan  untuk membawa peralatan menyelamat asas iaitu Peralatan asas bengkel seperti membuka tayar T, jeck, spanar boleh laras, skru driver, playar, pam tayar, tiup motosikal dan lain-lain lagi.pemadam api mudah alih, kon keselamatan, lampu keselamatan (baton light), Peti Pertolongan Kecemasan (first responder kit ),Wayar sambung bateri ( Wire jumper ).  Manakala kenderaan kedua pula  adalah  Motosikal Gerak Pantas 999 yang membawa peralatan menyelamat asas seperti lampu keselamatan ( baton light ) dan Peti Pertolongan Kecemasan ( first responder kit ) / Trauma Beg.
  7. Semasa Operasi “Ops Bantu” ini dijalankan,  kenderaan penyelamat akan membuat rondaan di sepanjang Jalan Raya Persekutuan dan Negeri mengikut shif. Had bagi sempadan tugas kenderaan membuat rondaan hendaklah mengikut point to point yang ditentukan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah ( PPAD ) masing-masing.
  8. Dengan adanya `Ops Bantu` ini, ianya dapat menaikkan imej  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dimata masyarakat atas khidmat bantuan yang dilaksanakan sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menganggotai sukarelawan Pertahanan Awam.

Disediakan Oleh :

Adeli Bin Hussin @ Drus
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
019-2676991 / adeli@civildefence.gov.my

,