web analytics

Kenyataan Media – KDN Mohon Maaf Kesulitan Akibat Gangguan Sistem Pusat Setempat Program 6P 14 Januari 2012 (Sabtu)

16 January 2012

Kenyataan Media/Akhbar

  1. Mewakili kerajaan dan semua vendor berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan akibat gangguan sistem di semua lapan pusat setempat proses pemutihan Program 6P yang berlaku sejak Khamis, 12 Januari 2012.
  2. Gangguan tersebut antara lainnya dikenal pasti berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti melebihi jangkaan, susulan tarikh akhir proses pemutihan yang dijadualkan 10 Januari 2012 sebelum diumumkan sambungan secara pentadbiran untuk majikan menguruskan pekerja/pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar antara 1 hingga 31 Ogos 2011.
  3. Pada masa sama, segala usaha membaik pulih gangguan sedang digerakkan secara maksimum dan keadaan dijamin akan kembali normal dalam tempoh 24 jam.
  4. Sehubungan itu, segala kesulitan yang dialami pelanggan amat dikesali dan usaha preventif juga sedang diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

LAMPIRAN:  Vendor Sistem Program 6P

i. Hei Tech Padu Berhad
ii. Datasonic Corporation
iii. IBM Corporation
iv. Telekom Malaysia Sdn. Bhd.
v. NERS Sdn. Bhd.

Disediakan:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya (03 – 8886 8000)

,