web analytics

Kenyataan Media – Status Terkini Program 6P Pada 5 Januari 2012 (Khamis)

5 January 2012

Kenyataan Media/Akhbar

  1. Sehingga hari ini (5 Januari 2012), sejumlah 133,156 pekerja/pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada 16,680 majikan telah diputihkan menerusi tujuh pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober 2011.
  2. Daripada jumlah tersebut, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya yang merekodkan 13,387 permohonan majikan bagi pemutihan 118,457 PATI; diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (1,325 majikan; 4,759 PATI); Kompleks KDN Johor Bahru, Johor (1,022 majikan; 4,583 PATI); Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya (530 majikan; 2,760 PATI); JIM Presint 15 (167 majikan; 1,407 PATI); Kompleks KDN Jalan Duta (175 majikan; 943 PATI), JIM Pelabuhan Klang (60 majikan; 208 PATI) dan Kompleks KDN Kuantan, Pahang (14 majikan, 39 PATI).
  3. Bagi majikan yang sedang menunggu kelulusan dokumen/passport daripada Kedutaan dan dijangka akan siap selepas 10 Januari 2012, majikan berkenaan tidak perlu bimbang memandangkan boleh berurusan terus dengan Pusat Pemutihan selepas mendapatkan dokumen tersebut untuk proses selanjutnya.

#####

Disediakan:

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya

No. Telefon: 03 – 8886 8000

, ,