1. Kerajaan hari ini menetapkan 15 Februari 2012 sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program 6P yang sebelum ini diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari 2012 lalu.
2. Sehubungan itu, majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin (PATI) masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera kerana tiada lanjutan tambahan akan dibuat bagi proses tersebut.
3. Bagaimanapun, kepada majikan yang telah mengemukakan permohonan dan telah beroleh tarikh temujanji bagi proses temuduga, prosedur akan diteruskan sehingga April 2012.
4. Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin bahawa tempoh yang ditetapkan ini mencukupi dan dengan itu, menggesa pihak majikan supaya mengambil kesempatan ini untuk menguruskan permohonan mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir.

















25 January 2012
Kenyataan Media/Akhbar