web analytics

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Menerima Kunjungan Hormat Daripada Delegasi -Delegasi Keselamatan Indonesia

12 January 2012

KDN Sana Sini

Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam , Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah menerima satu kunjungan hormat daripada  Delegasi Keselamatan Indonesia. Kunjungan hormat tersebut telah disambut dengan mesra oleh Y.Bhg Tan Sri KSU KDN  di Pejabat beliau pada jam 3.30 petang, 12 Januari 2012 (Jumaat). 

Dalam pertemuan yang  diadakan dalam keadaan mesra dan harmoni itu membincangkan serta saling bertukar pandangan mengenai keharmonian negara masing-masing. Delegasi daripada Indonesia juga meminta pandangan serta bertanya beberapa perkara kepada Y.Bhg Tan Sri KSU mengenai keselamatan negara yang mana beliau menyatakan kekaguman terhadap keharmonian serta kecekapan barisan pertahanan negara Malaysia. Beliau juga memuji KDN yang dapat menjaga Malaysia daripada ancaman rusuhan serta pergolakan berbanding negara-negara serantau lain.

Sebelum berakhirnya pertemuan yang berlangsung selama 1 jam 15 minit itu,  Y.Bhg. Tan Sri Mahmood b. Adam mengalu-alukan delegasi-delegasi tersebut untuk mengadakan lawatan ke pusat  latihan yang berada di bawah KDN dan mengharapkan agar hubungan serumpun antara Indonesia dan Malaysia agar terus terjalin erat.

,