
Semangat kerja berpasukan, bersikap adil dan amanah perkara yang perlu diamalkan pada penjawat awam dan diterapkan pada kakitangan Kementerian Dalam Negeri di dalam kursus Team Building yang diadakan pada 18 hingga 20 Januari 2012 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Zon Selatan (PULAPAS) Kluang Johor Bharu. Kursus yang melibatkan agensi di bawah KDN terdiri dari jabatan sekitar Johor Bharu. Peserta telah didedahkan modul kursus yang dijalankan oleh Fasilitator dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pada sebelah malamnya perasmian dan amanat telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (P) Y.Bhg. Dato’ Wahab Bin Mohd Yasin dan dihadiri oleh pengarah-pengarah Jabatan di bawah KDN Johor.






















20 January 2012
KDN Sana Sini