
Kuching, 18 Januari : Pada 16 Januari yang lalu Encik Yap Chung Hong, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi ke AADK Daerah dan Cure and Care Service Centre (CCSC) Kuching. Berbeza daripada lawatan beliau sebelum ini, pada lawatan kali ini Encik Yap telah menyampaikan amanah misi dan mandat penting bagi lembaran baru kepada semua pegawai sekaligus menyuntik semangat baharu bagi mengharungi tahun baru 2012 .
Pada pertemuan selama dua jam dengan kehadiran 28 pegawai, Encik Yap turut menggariskan beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh semua pegawai iaitu pencapaian visi AADK serta meneruskan perjuangan untuk melaksanakan transformasi AADK. Antara transformasi yang diperkenalkan di Sarawak pada tahun 2011 ialah dengan pembukaan Klinik Cure & Care 1Malaysia Kuching, Klinik Mini C&C 1Malaysia Miri, CCSC dan Caring Community House (CCH) Kuching serta CCH Bintulu.

Beliau juga menekankan bahawa menjelang tahun baru ini, beliau berharap semua pegawai lebih kreatif dan berinovatif dalam melaksanakan tugas harian serta melakukan anjakan paradigma bagi memenuhi kehendak masyarakat. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Encik Wan Madihi bin Wan Salleh, Penolong Pengarah Pemulihan dan Encik Patrick Benjamin dari Unit Pengesanan, Pengawasan dan Keselamatan AADK Negeri Sarawak.
Oleh : Eva Anak Lichok


















18 January 2012
KDN Sana Sini