
Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam telah melakukan Lawatan Kerja Ke Gunung Pulai Waterworks dan Pontian Waterworks Ulu Choh yang merupakan antara kawasan sasaran penting dalam kawasan keselamatan pada 21 Januari 2012.

Gunung Pulai Waterworks telah mula dibuka pada tahun 1924 yang membekalkan sumber air pada Kerajaan Singapura pada masa itu.

Tasik ini berkeluasan 130 ekar yang dapat membekalkan 1220 juta gelen air. Kini kawasan ini telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 31 Ogos 2011 yang dioperasikan oleh pihak Syarikat Air Johor (SAJ).

Kawasan ini juga merupakan kawasan memproses air mentah untuk dibekalkan kepada orang ramai. Pontian Waterworks Ulu Choh telah dibuka pada tahun 1985 dan kawasan ini seluas lebih kurang 170 km persegi.


















23 January 2012
KDN Sana Sini