
25 Januari 2012, Bukit Kiara, Kuala Lumpur- YB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Shabery Cheek telah melakukan lawatan ke Pusat Latihan Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur. Pusat Latihan tersebut adalah di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan itu adalah julung kali dibangunkan pada tahun 2011 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Inisiatif penubuhan pusat simulasi tersebut merupakan program Tranformasi Kerajaan yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2010 dan sasaran KBS adalah kepada Skuad Muda RELA dan juga Crime Awareness Cat (CAT) mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan senjata dengan betul.
Pusat simulasi ini bukan dikhaskan kepada para belia tetapi juga untuk badan-badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) dilatih setiap tahun bagi melengkapkan diri dengan kemahiran yang bersesuaian.

















26 January 2012
KDN Sana Sini