web analytics

Lawatan Tapak KSU Ke Kawasan Pembinaan

23 January 2012

KDN Sana Sini

Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU) telah melakukan Lawatan Tapak Ke Kawasan Pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara dan Pembinaan Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 21 Januari 2012.

Bagi projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara, melibatkan pembinaan bangunan pejabat, stor magazine, operasi pemandu, sub-stesyen TNB, pusat rawatan najis, pondok pegawai, parking pembumbung dan parking truck berbumbung. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2012. Manakala bagi projek Pembinaan Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ia melibatkan pembinaan menara pentadbiran, trafik dan siasatan jenayah, blok quarters, blok cafeteria, blok bekalan senjata  dan stor peluru dan dijangka siapa pada 3 September 2012.

Pada sesi pertemuan tersebut, KSU menyatakan bahawa beliau mahu projek-projek ini  siap sepenuhnya pada tarikh yang telah ditetapkan agar segala perancangan kerajaan pada masa depan dapat di realisasikan demi kemudahan dan melancarkan perjalanan kerja pegawai-pegawai PDRM dalam menjalankan tugas mereka.

, ,