web analytics

Lawatan Y.B Datuk Wira Abu Seman Yusop Ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara Dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Timur Laut

31 January 2012

KDN Sana Sini

Y.B Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Timur Laut pada 31 Januari 2012. Lawatan ini bertujuan melihat keadaan semasa warga JPAM di Pulau Pinang dalam menjalankan rutin harian mereka disamping mendengar perkembangan terkini JPAM Pulau Pinang. 

Pulau Pinang mempunyai lima buah daerah dan di setiap daerah terdapat pejabat serta bilik operasi JPAM yang beroperasi 24 jam sehari bersedia berkhidmat. Sehingga Disember 2011, kekuatan JPAM Pulau Pinang adalah seramai 17,900 orang.

Semasa lawatan ini juga Y.B TMDN turut berjumpa dengan ahli-ahli JPAM Pulau Pinang dan mengunjungi Muzium Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang terletak di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Timur Laut.

Muzium ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan dibuka kepada orang awam dari hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

, ,