
Kuala Lumpur , 30 Januari 2012 – Sebanyak 200 syarikat telah menghadiri Majlis Aku Janji Kontraktor dan Juru Perunding dan telah menandatangani Aku Janji tersebut di hadapan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam. Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium Kompleks KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Satu sesi dialog antara KSU dan syarikat-syarikat terbabit turut diadakan bagi mengenal pasti kekangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor dan juru perunding.

Hadir sama pada majlis tersebut , Timbalan Ketua Setiausaha (K)Y.Bhg Dato’ Abdul Rahim Mohd Radzi, Setiausaha Bahagian Pembangunan Y.M. Dato’ Raja Mohd bin Raja Ismail dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan wakil-wakil Jabatan.




















31 January 2012
KDN Sana Sini