
Dato’ Lee Chee Leong telah menganjurkan Makan Malam Agensi Di Bawah Kementerian Dalam Negeri bersama jabatan serta agensi dan pegawai KDN Sabah di Hotel Promenade pada jam 8.00 malam. Majlis ini bertujuan dijadikan satu platform yang baik bagi memulakan perjalanan sepanjang tahun 2012. Beliau turut menyatakan harapan YB Menteri Dalam Negeri dan pengurusan tertinggi KDN agar kesemua warganya dapat memberikan perkhidmatan dan prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tahun 2012 kerajaan dan kementerian amat menekankan soal Petunjuk Utama Prestasi (KPI). Dato’ Lee Chee Leong menyeru agar warga KDN Sabah terus bekerja seumpama sebuah keluarga yang besar dan saling tolong menolong.




















16 January 2012
KDN Sana Sini