
Putrajaya, 30 Disember 2011: Bertempat di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri telah berlangsungnya satu Majlis Menandatanganni Perjanjian Konsesi bagi Projek Cadangan Pembinaan Kompleks ICQS Secara Bersepadu di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Dalam majlis tersebut dihadiri oleh Encik Shamlan bin Mohamad Hashim iaitu Pengarah Northern Gateway Infrastructure Sdn Bhd serta wakil daripada Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. Kos pembinaan projek ini sebanyak RM 385 juta dan tempoh pelaksanaan selama 3 tahun (2 fasa) iaitu fasa 1-20 bulan dan fasa 2-16 bulan. Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran dokumen yang telah ditandatangani oleh Pengarah Northen Gateway Infrastucture Sdn Bhd dan Y. Bhg. Tan Sri KSU Kementerian Dalam Negeri.


















2 January 2012
KDN Sana Sini