web analytics

Majlis Perjumpaan Dato’ Lee Chee Leong Bersama Wakil Politik Negeri Sabah Di JPPM Negeri Sabah Pada 17 Januari 2012

17 January 2012

KDN Sana Sini

Dato’ Lee Chee Leong telah berjumpa dengan 12 buah parti politik Sabah bertempat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah pada 17 Januari 2012. Parti-parti ini diwakili oleh presiden dan timbalan presiden masing- masing dan ia merupakan parti baru yang masih belum diluluskan pendaftaran oleh pihak JPPM. 

Forum ringkas ini memberi peluang parti-parti untuk bercerita terus kepada Dato’ Lee Chee Leong latar belakang parti mereka iaitu perjuangan dan asas penubuhan parti di samping menceritakn masalah pendaftaran parti mereka yang masih belum diluluskan sehingga kini.

Semua parti ini hanya menginginkan kelulusan atas permohonan parti mereka dan ianya sesuatu yang amat dinanti-nantikan untuk membolehkan mereka memperjuangkan apa yang mereka rancangkan.


,